Mega Fortis
KUALA LUMPUR, 30Okt(Iteenews) –Tawaran awam permulaan (IPO) Mega Fortris Bhdterlebih langgan sebanyak 7.18 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari iniberkata ia menerima sejumlah 9,263 permohonan untuk 345.76 juta saham terbitan bernilai RM231.66 juta bagi 42.25 juta saham terbitan yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia.
“Bagi bahagian Bumiputera, 2,330 permohonan untuk 75.55 juta saham terbitan diterima, merupakan kadar lebihan langgankeseluruhan sebanyak 2.58 kali.
"Bagi bahagian bukan Bumiputera pula, sebanyak 6,933 permohonan untuk 270.21 juta saham terbitan telah diterima, yang merupakankadar lebihan langgansebanyak 11.79 kali ganda," katanya.
Mega Fortris juga berkata25.35 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu layak yang menyumbang kepada kejayaan syarikat telah dilanggan sepenuhnya.
Selain itu, tawaran institusi kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dan pelabur institusi dan terpilih melalui tawaran saham persendirian terdiri daripada 80.27 saham terbitan dan 147.87 juta saham tawaran telah dikeluarkan sepenuhnya.
"Notis peruntukan akan dimaklumkan kepada semua pemohon yang berjaya selewat-lewatnya pada 7 Nov 2024," katanya.
Mega Fortris, terlibat terutamanya dalam reka bentuk, pembuatan dan dagangan kedap keselamatan serta produk berkaitan, dijadual disenaraikan di Bursa Securities pada 11 Nov, 2024.
RHB Investment Bank Bhd ialah penasihat utama tunggal, penaja jamin bersama dan ejen tawaran sahambersama untuk IPO, manakala AmInvestment Bank Bhd merupakan penaja jamin bersama dan ejen tawaran saham bersama.