IPG Bagi Pekebun Kecil Tidak Diaktifkan Pada Oktober — LGM

e00e56d35fb2fa4b4ea504c4830ffea0672462eb71d2c

KUALA LUMPUR, 1 Nov(Iteenews) — Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateksbagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.

LGM dalam kenyataan berkata mulai Januari 2024 IPG akan diaktifkan sekiranyaharga purata bulananperingkat ladang getah sekerapberada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pengaktifan paras harga yang ditingkatkan adalah antara initiatif kerajaan menerusi pengumuman Belanjawan 2024.

Bagi IPG lateks, ia akan diaktifkan apabila IPG getah sekerap diaktifkan.

Kadar IPG susu getah ditetapkan pada RM0.90 sekilogrambagi 100 peratusKandungan Getah Kering (KGK).

IPG berkenaan akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, bagi Oktober 2024 purata harga getah sekerap bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masing-masing ditetapkan padaRM3.70, RM3.40, danRM3.20 sekilogram.

Justeru, LGM berkata,tiada bayaran IPG dibayar pada bulan berkenaan.

— BERNAMA