IOIPG Melestarikan Alam Sekitar Dalam Pembangunan Hartanah

457976d10816d67146c7070af565b9ab66dec9ddab9a6 Kredit : IOI Properties Group Berhad 024af17e32c6c808acab46323cb7d74566dec9ab95b05 Kredit : IOI Properties Group Berhad c8f3abd5b7cf3a3a73d8fbe10776afd566dec95b5f986 Kredit : IOI Properties Group Berhad 5c5c343abe33a8a57c98864b81027ea366dec85e693f0 Kredit : IOI Properties Group Berhad

KUALA LUMPUR, 9 Sept(Iteenews) –IOI Properties Group Bhd (IOIPG) terusmengekalkan rekodnya sebagai pemaju hartanahyang prihatin terhadap alam sekitar melalui pelbagai pembangunan yang dilaksanakan di Bandar Puteri Puchong dan Bandar Puchong Jaya.

Dalam kenyataannya hari ini, IOIPG memaklumkan usaha tersebut termasuk ciri-ciri pembinaanmesra alam dan kesalinghubungan yang baik selain pelbagai program kesedaran yang melibatkan orang awam.

Menurut kenyataan itu antara program terbaharu olehIOIPG di Puchong ialahNature Observation Night yang diadakan di Taman Bandar Puteri pada 7 Sept dengan kerjasama Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (SOWM) dan berjaya menarik lebih 100 peserta untuk menikmati keindahan flora sertafauna di taman bandar itu.

Pengurus Besar Kanan (Puchong)IOIPG (Puchong)Chung Nyuk Kiong melalui kenyataan itu dipetik sebagai berkata,“Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, IOIPG membina untuk masa depan dan melindungi kepentingan generasi akan datang.

“Kami menggalakkan amalan gaya hidup lestari dengan meletakkan ‘perkakasan’ yang bersesuaian di seluruh projek kediaman dan komersial kami termasuk panel solar,tempat mengecas kenderaan elektrik, laluan mesra basikal dan banyak lagi,” katanya.

Chung berkata syarikat itu juga berusaha memupuk sikap menghargaialam semula jadi dan memahami tentang kelestarian menerusi sesi interaktif yangmenyeronokkandi lapangan bagi menggalakkan masyarakat untuk turut terlibat dalam pemuliharaan ekologi sertamemanfaatkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bersama-sama.

Beliau berkata program lain IOIPG seperti City Nature Challenge(CNC) 2024, CNC Kids Nature Walk, Town Park Night Walk, Earth Hourdan kempenWaste to Treasurejuga mendapat sokongan kuat daripada orang awam dan menerima penyertaan peserta daripada pelbagai latar belakang.

Selain itu,susulan pelancaran Bandar Puteri Puchong danBandar Puchong Jaya, syarikat tersebut turutmemasukan prinsip kelestarian bagikeseluruhan fasa pembinaan dan operasinya termasuk penggunaan sistem acuan dalam 98 peratus pembangunan untuk2Rio Residence, yang dapat mengurangkan bahan sisa buangan.

Chung berkata inisiatif pembangunan lestari lain termasuk penggunaan sistem platfrom daki sendiri di IOI Rio yang meningkatkan kelajuan dan keselamatan selain kawalan kualiti untuk kemasan luaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *