Institusi Tempatan Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-11

040e8cc1b99ad387411e6e226a6e8486668e7cb982100

KUALA LUMPUR, 6 Jan(Iteenews) — Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuitidomestik bernilaiRM304.0 juta.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) menerusi Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 3 Jan, 2024, berkata institusi tempatan juga merupakan pembeli bersih setiap hari pada minggu lepas, melanjutkan belian berterusan bagi 31 hari dagangan berturut-turut.

Sebaliknya, peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih ekuiti domestik dengan mencatat penjualan bernilaiRM256.9 juta dan menandakan minggu kedua jualan secara berterusan.

Pelabur asing juga mengekalkan momentum jualan mereka dengan aliran keluar dana bersih bernilaiRM427.1 juta pada minggu lepas.

Perkembangan itu menunjukkanaktiviti jualan mereka yang berlanjutan bagi minggu ke-11 berturut-turut dan terpanjang bagi tahun lepas.

Penjualan bersih ituberlaku dalam tiga daripada empat hari dagangan dalam minggu singkat berikutanpasaran ditutup pada Rabu lepas bersempena cuti umumTahun Baharu.

Jumlah aliran keluar paling ketara berlaku pada Jumaat (RM423.8 juta) dandiikuti pada Khamis (RM55.8 juta) manakala aliran masuk masing-masing pada Isnin (RM570,000) dan Selasa (RM11.2 juta).

"Sektor yang menyaksikan aliran masuk bersih asing tertinggi adalah hartanah (RM115.7 juta), utiliti (RM36.8 juta) dan produk dan perkhidmatan pengguna (RM29.0 juta).

“Selain itu, sektor utama dengan aliran keluar asing bersih tertinggi adalah pembinaan (RM89.3 juta), perkhidmatan kewangan (RM45.8 juta) dan perladangan (RM45.5 juta)," kata MIDF.