Industri Tenaga Boleh Baharu Antara Fokus Utama Pembangunan JS-SEZ

9f89057a1c071ad6637b96298cfd3b33674666873dc96Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi Datuk Dr Zunika Mohamed

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Iteenews)– Aspek industri tenaga boleh baharu (TBB) akan menjadi antara fokus utama dalam pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)yang dijangka memberi manfaat besar kepada Malaysia dan Singapura.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi Datuk Dr Zunika Mohamed berkata Singapura misalnya memerlukan bekalan tenaga mampan untuk memastikan kelangsungan industri di republik itu dan Johor dilihat sebagai berpotensi dalam memenuhi keperluan berkenaan.

"Kita lihat selain daripada tenaga, sektor lain yang ingin kita fokus dalam kerjasama ini adalah industri yang boleh memberinilai tambah besar kepada ekonomi negara," katanya ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Iteenews TV di sini, malam tadi.

Dr Zunika berkata pada masa sama, selain menyokong pembangunan tenaga boleh diperbaharui, JS-SEZ juga dirancang bagi menarik pelaburan asing,memperkasakemudahan pergerakan barangan dan penumpang serta meningkatkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.

Johor juga berpotensi besar untuk menjadi destinasi pelabur asing, termasuk pelabur dari Singapura yang mahu mengembangkanperniagaan mereka.

"Dengan adanya JS-SEZ ini, kitadapat menarik lebih banyak pelaburan masuk ke negeri Johor dengan limpahannya juga ke seluruhnegara kita," katanya.

Beliau berkata perbincangan bagipembangunan JS-SEZ kini di peringkat fasa akhir dengan perjanjian rasmi antara kedua-dua negara dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini dilaporkan berkata Perjanjian Bersama JS-SEZ di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Dis, 2024.

Mengulas Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Dr Zunika berkata aspek itu sedang dirangka dengan teliti dan melibatkan pelbagai pihak dan golongan masyarakat dalam memastikan semua terbabit dapat bergerak bersama di bawah inisiatif Malaysia MADANI.