Industri Teknologi Tempatan Sambut Baik Pelantikan Anuar Fariz Terajui MDEC

12e2940be6c1ee2959e9985d808bd0b96700e7a591fdbKredit: Facebook Malaysia Digital Economy Corporation

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Iteenews) — Industri teknologi dan telekomunikasi tempatan menyambut baik pelantikan Anuar Fariz Fadzil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu.

Pengerusi National Tech Association of Malaysia (PIKOM) Ong Chin Seong berkata pengalaman Anuar dalam sektor awam dan swasta amat penting dalam memacu ekonomi digital negara.

“Bagi pihak PIKOM, kami mengucapkan tahniah kepada Anuar Fariz Fadzil atas peranan baharunya sebagai CEO MDEC.

“Kami gembira mengenai masa depan di bawah kepimpinannya dan peluang untuk meningkatkan kerjasama kami denganMDEC. Kepakaran dan visi beliau akan membantu mempercepattransformasi digital Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ong berkata PIKOM kekalkomited sepenuhnya untuk menyokong usaha MDEC dalam memastikan ekonomi digital Malaysia terus berkembang dan memberikan sumbangan yang penting kepada kemakmuran negara.

Pelantikan Anuar bertepatan dengan pelaksanaanRangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

Baru-baru ini, Menteri DigitalGobind Singh Deo menyatakan keyakinan bahawa ekonomi digital Malaysia dijangka melepasi unjuran sumbangan sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK negara pada akhir 2025.

Keupayaan Anuar yang terbukti dalam membentuk perkongsian yang kukuh dan menggalakkan kerjasama dijangka terus menyatukan pihak berkepentinganselain menerapkan ekosistem yang dinamik serta menyokong inovasi dan pertumbuhan yang mampan.

Sementara itu, Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX) Chiew Kok Hin berkata organisasi mengharapkan hubungan kukuh yang berterusan dengan MDEC untuk membina ekonomi digital yang kukuhberasaskan kesalinghubungan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *