Industri Runcit Dijangka Pulih Menjelang Hujung Tahun – MUI Group

8f80fb3a2e5a0fdb9dee0aab598500ed6718e8073b1e0–foto Engku Shariful Azni

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Iteenews) — Industri runcit dijangka pulih menjelang hujung tahun ini selepas mengalami pertumbuhan pasaran yang lemah dalam dua bulan kebelakangan ini, kataMalayan United Industries Bhd (MUI Group).

Pengerusi dan Ketua Pegawai EksekutifAndrew Khoo berkata industri itu mengalami penurunan ekoran ringgit yang kukuh menyebabkan pelanggan melancong ke luar negara, sementara yang lain menangguhkan perbelanjaan untukmusim perayaan hujung tahun.

"Kita sedang menunggu musim perayaan (seperti Krismas) dan kebanyakan peruncit mengatakan ia waktu terbaik sepanjang tahun.

"Jadi kami menjangkakan pemulihan menerusi peningkatan perbelanjaan daripada pelanggan," katanya kepada Iteenews selepas melancarkan kedai konsep utamaMetrojaya di sini hari ini.

Untuk tahun depan,kumpulan itu optimistik dengan berhati-hati tentang pertumbuhan ekonomi dengan rangsangan berterusan susulanpengumuman Belanjawan2025, katanya.

Kedai konsep utama Metrojaya diMid Valley Megamall itu merupakan kedai gaya hidup hibrid seluas 30,000 kaki persegi, menempatkan lebih 51 jenama, meliputi kategori utama seperti wangian dan kosmetik; fesyen wanita, lelaki dan kanak-kanak, aksesori, pakaian dalam dan perkakasan rumah.

Khoo berkatapengalaman membeli-belah yang diperbaharui itu adalah untuk menghidupkan semula konsep pasar raya runcit Metrojaya terdahulu.

"Semasa tahun-tahun kegemilangan Metrojaya pada 1980-an dan 1990-an, kami menjaditumpuan utama.Pelanggan juga mencari barangan inovatif di bahagianfesyen dan peralatan rumahkami.