Industri Permainan Video Malaysia Dijangka Raih Peningkatan Pelaburan Dari Jepun

cc24cb01810f70875d8bc43ab82777c466f6dfaf9086c Datuk Fadzli Abdul Wahit

Daripada Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 27 Sept (Iteenews) — Industri permainan videoMalaysia dijangka meraihpeningkatan pelaburan asing terutama dari Jepun, menurutMalaysia Digital Economy Corporation(MDEC).

MDEC menjelaskan ini didorong oleh kos perniagaan yang rendah, kumpulan bakat mahir, rangkaian studio Malaysia yang mantap dan sokongan kukuh daripada kerajaan.

Ketua Transformasi Digital Datuk Fadzli Abdul Wahitberkata peranan MDEC adalah menarik pelabur asing supayabertemu, berbincang dan bekerjasama dengan syarikat terbaik Malaysia.

“Kita telah bercakap dengan banyak syarikat Jepun. Mereka mengakui kumpulan bakat Malaysia diterima secara meluasberbanding dengan negara lain, kerana pengetahuan, kemahiran dan kecekapan mereka dalam industri permainan video kita.

“Kita juga mempunyai rangkaian studio Malaysia yang mantap danboleh bekerjasama dengan pelabur, disokong oleh ekosistem komprehensif yang membolehkan pembangunan industri permainan video bergerak ke hadapan,” katanya kepada Iteenews.

Beliau berkatakerajaan turut menawarkan sokongan menerusi status Malaysia Digital,yang merangkumi insentif cukai untuk pekerja asingberpengetahuan tinggi selain mempertimbangkanberkaitan zon waktu.

“Ia mungkin perkara kecil, tetapi mempunyai zon waktu membolehkan kitaran pembangunan yang seragamdalam industri permainan videojuga merupakan kelebihan bagi industri permainan videodari segi pelaburan asing. Contohnya, zon waktu antara Jepun dan Malaysia hanyalah selang satu jam,” katanya.

Beliau berkata kehadiran pelaburan asingtermasuk PlayStation Studios, EA (Electronic Arts) dan Bandai Namco Studios adalah bukti bahawasyarikat Jepun memilih untuk melabur dalam industri permainan video Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *