Industri Perbankan Sifatkan Belanjawan 2025 Langkah Positif Ke Arah Ekonomi Mampan, Inklusif

0c73db57d121d463792ce29877ce28d26712915cce1e6Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) Datuk Mohd Muazzam Mohamed

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Iteenews) — Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bank Islam Malaysia Bhd Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata belanjawan berkenaan mengukuhkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan mampan dan keadilan.

“Kami menyokong dana kerajaan berjumlah RM100 juta untuk memacu inovasi dalam kewangan Islam, yang akan melahirkan produk berdasarkan prinsip Islam sebenar, seperti musyarakah (perkongsian risiko) dan pengagihan keuntungan yang saksama, di luar daripada pilihan patuh Syariah yang biasa,” katanya.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata belanjawan itu turut selari dengan tumpuan Bank Islam terhadap kewangan mampan.

Mohd Muazzam berkata Bank Islam juga menjadi lebih bersemangat dengan sokongan berterusan kerajaan terhadap inisiatif iTekad.

Peruntukan geran padanan berjumlah RM20 juta, dengan RM5 juta dikhususkan untuk menyumbang kepada caruman insurans atau takaful bagi usahawan mikro, akan mengukuhkan lagi usaha untuk meningkatkan dan memperkasasegmen penting ekonomi.

Sementara itu, CEO Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) Roni Abdulwahab berkata bank itu diberikan mandat untuk memperuntukkan sehingga RM6.4 bilion bagi membiayai pembiayaan bersasar projek-projek pembangunan berimpak tinggi melalui tujuh program strategik.

“Daripada RM6.4 bilion modal yang diperuntukkan oleh BPMB, RM1.0 bilion akan dikhaskan untuk dua program fokus iaitu program pembangunan ekonomi bumiputera dan program tenaga boleh baharu (TBB) dan peralihan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *