Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Sallehfoto kredit : KPDN Laman Rasmi
PUTRAJAYA, 10 Mac (Iteenews) — Industri jualan langsung negara mencatatkan peningkatan sebanyak 7.4 peratus iaituRM34.4 bilion pada 2024 berbanding RM32.04 bilion pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara HidupDrFuziah Salleh.
Beliau berkataberdasarkan laporan dikeluarkan World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA)industri jualan langsung Malaysia berjaya mengekalkan pencapaian di kedudukan keenamdunia dan keempatAsia Pasifik dari 2020 hingga 2024.
“Malaysia juga telah diiktiraf sebagai negara yang mencatatkan penembusan pasaran tertinggi (No.1) di peringkat global dengan jumlah peratusan 2.28 peratus.
“Pengiktirafan ini berjaya mengangkat industri jualan langsung Malaysia ke tahap yang setara dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jerman, China, dan Jepun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena program penyampaian Lesen Jualan Langsungkepada 45 syarikat iaitu 18 syarikat lesen baharu dan 27 syarikat lesen pembaharuan, hari ini.
Fuziah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berperanan dan bertanggungjawab mengawal selia industri jualan langsung melalui Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500).
Menurutnya, seiring dengan perkembangan industri jualan langsung di Malaysia dan global, beliau berkata KPDN sedang meminda akta tersebutsecara komprehensif.
“Penambahbaikanakta ini adalah bagi menyesuaikan industri dengan perubahan dinamik pasaran pada masa ini. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan ekosistem industri jualan langsung yang lebih menyeluruh, mapan, holistik dan menggalakkan amalan perniagaan yang beretika.
“Ini merupakan manifestasi dan komitmen KPDN dalam usaha membangun dan mengembangkan industri jualan langsung di negara ini sejajar dengan aspirasi kerajaan melalui konsep Malaysia MADANI untuk memperkukuh kemakmuran negara agar dapat dikongsi secara adil, saksama dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.