Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Iteenews) — Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.
Kenaikanitu mengejutkan pemegang polisi yang telahmembayar premium bulanan yang tinggi justeru mencetuskan kebimbangan sama ada mereka dapat meneruskan pembayaran untuk perlindungan dan kemampanan polisi insurans dalam jangka panjang.
Bagi rakyat, sukar untuk mereka mengakses penjagaan kesihatan swasta pada masa ini tanpa insurans kesihatan atau perubatan berikutan caj yang tinggi serta peningkatan kos sara hidup.
Banyak pihak mempersoalkan tindakan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) untuk menaikkan premium yang dilaporkan antara 40 hingga 70 peratus, meskipunterdapat maklumat bahawa syarikat insurans danhospital swasta meraihkeuntungan kukuh dan pertumbuhan pendapatan yang konsisten.
Selain itu, hospital swasta memperlihatkanprestasi kewangan yang mantap, dipacu oleh permintaan yang meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kenaikankos perubatan.
Bagi mewajarkan premium yang lebih tinggi, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA)dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjelaskan bahawa,industri ini telah mengalami kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini berjumlah56 peratus sejak 2021 hingga 2023.
Tuntutan yang melonjak ini dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti kenaikan kos rawatan perubatan, teknologi penjagaan kesihatan termaju dan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang meningkat, menjadikan penetapansemula harga premium itu sebagai langkah yang tidak dapat dielakkan.
Isu initurut menarik perhatian Ahli Parlimenyang membangkitkan perkara berkenaan di Dewan Rakyat, justeru membawa kepada pelaksanaantaklimat tertutup kepada mereka mengenai kenaikan premium insurans perubatan.