Indeks Sentimen PKS Cecah Paras Tertinggi Pada Separuh Kedua 2024

296f5d90c2a36125f05f1d1ba0486cd25e3cbdc073f63

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Iteenews) — Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat ke paras55.8 dalam separuh kedua2024 berbanding 54.7 dalam separuh pertama, demikian menurut SME Bank Malaysia Bhd.

Dalam kenyataannya hari ini, bank itu menyatakan peningkatan itu adalah yang ketiga berturut-turut bagi indeks berkenaan dan mencatat skor tertinggi sejak kajian itu dimulakan.

Prestasi itu juga, katanya, memaparkan peningkatan keyakinan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim berkata trend peningkatan itu mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuhserta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.

“Ini mengukuhkan lagi peranan kritikal PMKS dalam trajektori ekonomi Malaysiayang juga selari dengan fokus Kerajaan MADANI terhadap pertumbuhan mampan dan inklusif, khususnya dalam mewujudkan prospek positif untuk PMKS terus maju dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah dan kompetitif,” katanya.

Mohammad Hardee turut memberi jaminan sebagaiantara institusi kewangan pembangunan terkemuka di Malaysia yang diberi mandat untuk memperkasakan PMKS, SME Bank komited untuk terus memberinilai kepada PMKS yang melangkaui pembiayaan.

“Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi kitayang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Sementara ituKetua Pakar Ekonomi SME Bank Lynette Lee Li Qing berkata ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 5.2 dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024.

Sentimen itu juga, katanya, selari dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih baik bagi 2025 dengan SME Bank menjangkakan ekonomi berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.