Kredit: DOSM
KUALA LUMPUR, 27 Feb(Iteenews) — Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysiayang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025 danmeneruskan peningkatan 0.5 peratus dicatatkan pada Disember 2024.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan hari ini berkata peningkatan itu didorong terutamanya oleh sektor pertanian, perhutanan dan perikananmanakala sektor perlombongan dan pembuatan terus mencatatpenurunan marginal.
Ketua Perangkawan Datuk Seri DrMohd Uzir Mahidin berkata sektor pertanian, perhutanan dan perikanan mencatatpeningkatan 16.5 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025berbanding 23.8 peratus pada Disember 2024.
“Indeks penanaman tanaman kekalsebagai penyumbang utama dengan peningkatan sebanyak 29.4 peratus,” katanya.
Dalam pada itu, sektor perlombongan meneruskan trend penurunan dengan penguncupan 1.3 peratus (Disember 2024: -7.0 peratus ) susulan pengekstrakan petroleum mentahdan pengekstrakan gas asli yang lebih rendah.
Mohd Uzir berkata sektor pembuatan turut mencatatpenurunan sebanyak 0.6 peratus, penyusutan lebih kecil berbanding penurunan 1.0 peratus pada bulan sebelumnya.
“Pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan mencatatkan peningkatan 0.3 peratus pada Januari 2025 yanglebih perlahan berbanding 0.8 peratus pada Disember 2024,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, beliau berkata indeks bahan mentah untuk prosesselanjutnya mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 2.4 peratus berbanding 1.9 peratus pada Disember 2024.
“Peningkatan ini didorong oleh indeks bahan bukan makananyang meningkat 3.1 peratus,” katanya.