Import Minyak Sawit India Pada Januari Terendah Dalam Tempoh 13 Tahun

a22b72f0bbf1d063eec26b8611f7851f5e42542aecbb0

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 12 Feb(Iteenews) — India mengimport sebanyak90,307 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari 2025, menandakan jumlah import terendah negara itu bagi komoditi tersebut dalam tempoh 13 tahun.

Menurut data yang dikeluarkan olehPersatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah275,000 tan pada bulan lepas.

Jumlah itu termasuk85,307 tan minyak sawit mentah (MSM), 1,500 tanolein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD)dan 3,500 tan minyak isirung sawit mentah dari Malaysia.

Kumpulan industri itu berkata langkah mengawalbekalan minyak sawit Malaysia mendorong pengguna beralih kepada minyak soya yang lebih murah.

Pada Januari 2024, negara itu mengimport sebanyak 780,000 tan minyak sawit.

Jumlah minyak makan India menyusut kepada kira-kira satu juta tan berbanding 1.18 juta tan pada Disember 2024.

— BERNAMA