iMin Technology Buka Kemudahan Pengeluaran Luar China Pertama Di Johor

2dd8776f2191170e25460514cbbb80f066ab54c7d92c4From left: Mr. Mohamad Reduan Mohd Zabri, Director of MIDA Johor; Mr. Hu Aimin, Chief Executive Officer (CEO) of iMin Technology; YB Lee Ting Han, Johor State Executive Member and Chairman of Investment, Trade, Consumer Affairs and Human Resources Committee; Mr. Vinothan Tulisinathzan, Director of MIDA Singapore; and Mr. Richard Xu, Partner iMin Technology.

JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Iteenews) — iMin Technology,penyedia perkakasan dan platform berasaskan Android (POS) yang berpangkalan di Singapura membuka kemudahan pengeluaran pertamanya di luar China di Senai di sini.

Ketua Pegawai EksekutifHu Aimin berkata pembukaan kemudahan serba canggih itu dikendalikan olehNeostra Sdn Bhd.

Beliau berkata ia merupakanpencapaian penting dalam strategi pengembangan syarikat untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan mengukuhkan rantaian bekalannya bagi memenuhi permintaan global.

“Malaysia menawarkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan perniagaan, dengan infrastruktur yang mantap, tenaga kerja mahir dan dasar kerajaan yang menyokong.

“Keputusan kami untuk mewujudkan kemudahan pengeluarandi sini adalah langkah strategik untuk memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hu berkata pengetahuan industri iMin yang mendalam dan keupayaan teknologi termaju akan memudahkan pemindahan maklumat dan kemahiran yang berharga kepada tenaga kerja tempatan dan rakan niagaindustri.

“Penyatuankepakaran global dengan wawasantempatan akan memacu inovasi dan meningkatkan standard industri, mewujudkan persekitaran kolaboratif yang akan memberi manfaat kepada iMin dan komuniti perniagaan yang lebih luas di Malaysia.

“Kami yakin kehadiran kami di Malaysia bukan sahaja akan meningkatkan keupayaan pengeluaran kami tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada ekonomi dan komuniti tempatan,” katanya.

Majlis pembukaan kemudahan itu dihadiri oleholeh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Singapura Vinothan Tulisinathzan dan Pengarah MIDA Johor Mohamad Reduan Mohd Zabri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *