Mohamad Safri Shahul Hamid. Foto: IILM
KUALA LUMPUR, 25 Mac(Iteenews) –Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM)memperoleh aset berkualiti tinggi bernilai US$500 juta (AS$1 = RM4.435) dalam usaha mengembangkan asetnya untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap kertas Islam jangka pendek.
Dalam satu kenyataan hari ini, IILM berkata dengan kemasukanaset asas baharu dalam portfolio mereka, iamelengkapkan penerbitan dan penerbitan semula sukuk jangka pendek berjumlah US$810 juta melibatkan tiga tempoh yang berbeza iaitu masing-masing bagi sebulan, tiga bulan, dan 12 bulan.
IILM berkatatiga siri sukuk tersebut telah dinilai secara kompetitif pada kadar 4.50 peratus untuk US$390 juta (tempoh sebulan), 4.52 peratus untuk US$275 juta (tempoh tiga bulan), dan 4.45 peratus untuk US$145 juta (tempoh 12bulan).
Transaksi sukuk jangka pendek hari ini menandakan lelongan kelima mereka pada tahun ini, dengan jumlah penerbitan terkumpul mencapai US$5.05 bilion merentasi 14 siri sukuk dengan tempoh yang berbeza.
Lelongan tersebut menyaksikan bidaan kompetitif dalam kalangan pengedar utama dan pelabur global, dengan nilai perolehan yang kukuh berjumlah US$1.74 bilion, mewakili nisbah bidaan kepada perlindungansebanyak 215 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif IILM Mohamad Safri Shahul Hamid berkata kemasukanaset berkualiti tinggi bernilai US$500 juta dalam portfolio mereka menjadikan jumlah sukuk IILM terkumpulmencapai rekod tertinggi sebanyak US$4.69 bilion.
“Kemasukan aset baharu ini bukan sahaja mengukuhkan tawaran kecairan kami tetapi juga mengesahkanperanan IILM sebagai penyedia penyelesaian pembiayaan jangka panjang yang berpotensi untuk penerbit dan pihak yang berhutang yang berkelayakan.
“Kami berada dalam fasa pertumbuhan yang sihat dan dijangka akan melihat peningkatan yang stabil dalam kumpulan aset sukuk terkumpul beberapa bulan akan datang dengan sekurang-kurangnya beberapa aset baharu akan dimasukkan menjelang akhir separuh pertama tahun ini,” katanya.
Mohamad Safri berkata kejayaan lelongan US$810 juta hari ini mendapat sokongan kukuh daripada nilai perolehan kontrakyang mantap dan penetapan harga yang kompetitif, mencerminkan daya tarikan sukuk jangka pendek IILM sebagai instrumen Islam yang selamat.