IHPR Malaysia Turun 0.4 Peratus Pada November – Jabatan Perangkaan

becc8b59c52903d43d01f93774ed94e7676a5d23e1649Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis(Iteenews) –Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024, iadisebabkan oleh sektor perlombongan yang terus menunjukkan trend penurunan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ketua PerangkawanDatukSeri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor perlombongan turun 8.3 peratus pada November 2024 berbanding penurunan yang ketara sebanyak 17.3 peratus pada Oktober 2024 disebabkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (-14.8 peratus).

“Sektor pembuatan mencatatkan penurunan lebih kecil, 1.8 peratus berbanding penurunan 2.6 peratus pada Oktober 2024.

“Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh harga lebih rendah dalam indeks pembuatan kok danproduk petroleum bertapis (-16.8 peratus) dan pembuatan bahan kimia danproduk kimia (-5.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, sektor pertanian, perhutanan danperikanan mencatatkan peningkatan ketara 21.8 peratus berbanding 13.8 peratus pada bulan sebelumnya, iadisokong oleh indeks penanaman tanaman kekal yang melonjak 37.7 peratus, kata Mohd Uzir.

“Pada asas bulanan, IHPRmenokok1.4 peratus pada November 2024 (Oktober 2024: -0.7 peratyus), disokong oleh sektor pertanian. Perhutanan danperikanan merekodkan peningkatan 8.5 peratus (Oktober 2024: 6.0 peratus), disokong kebanyakannyaoleh indeks Penanaman tanaman kekal, meningkat 13.6 peratus. Sektor Perlombongan pula melonjak5.7 peratus berbanding penurunan 2.7 peratus pada Oktober 2024.

“Indeks Barang siap meningkat 0.4 peratus (Oktober 2024: 1.1 peratus) disebabkan oleh indeks kelengkapan modal (1.3 peratus),” katanya.

Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya, merosot 2.0 peratus (Oktober 2024: -8.7 peratus), dipengaruhi oleh penurunan indeks bahan bukan makanan (-2.4 peratus), indeks bahan perantaraan, bekalan dankomponen susut0.2 peratus (Oktober 2024: -1.9 peratus) disebabkan oleh bahan api yang diproses danpelincir (-4.2 peratus).

Perbandingan antara negara terpilih menunjukkan bahawa IHPR Amerika Syarikat meningkat 3.0 peratus bulan ini berbanding peningkatan 2.6 peratus pada Oktober 2024, disebabkan oleh indeks permintaan akhir.