Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan pada Majlis Pra Pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM 2025) hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) bergambar selepas melancarkan Majlis Pra Pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM 2025) hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid (kiri).
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Iteenews) — Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025dijadualkan berlangsung pada 15-17 Okt dijangka menjana potensi perniagaan bernilai RM5.5 bilion berdasarkan kepada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun industri tersebut.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata IGEM 2025 akan mempunyai 500 gerai pameran, menerimapenyertaan dari 50 negara dan menarik kira-kira 50,000 pengunjung.
“Kami menyasarkan untuk meletakkan IGEM sebagai Sidang Kemuncak sertaPameran Greentech danCleantech yang terulung di Asia.
“Ia mengenai pengaruh, impak dan kepimpinan, mencerminkan pendekatan proaktif Malaysia terhadap tindakan iklim dan komitmen negara kita terhadap kemampanan, inovasi dan kemajuan global,” katanya ketika berucap pada majlispelancaran Insan IGEM 2025 dan Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) di sini hari ini.
Bertemakan "Perlumbaan Ke Arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih: Keterangkuman dan Kelestarian", IGEM 2025 akan memfokuskan kepada lima subtema utama iaitu memperkasakan bandar, mobiliti elektrik, menyahkarbontenaga, mempercepatkan sirkulardan melindungi biodiversiti.
"Kesemua subtema itu penting dalam menghubungkan teknologi dan kemampanan untuk menangani cabaran global. Tema ini memberi inspirasi kepada tindakan, menggalakkan dialog dan memacu kemajuan merentas sektor," kata Nik Nazmi.
Beliau berkata IGEM 2024 berjaya melebihi sasarannya, mencapai RM10.18 bilion dalam potensiperniagaan, menarik 250 peserta pameran dengan 500 gerai pameran sertamenerima peserta dari 68 negara.
Sejak 2010, IGEM telah menerimalebih 670,000 pelawat dari 126 negara dan meraihlebih RM63 bilion dalam potensiperniagaan.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata KLSS akan dianjurkan buat kali pertama dari 14-16 Okt 2025 bersempena KepengerusianASEAN 2025 oleh Malaysiatahun ini.