Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada Penutup Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Iteenews) –Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi ke-15 telah menjana lebih RM5 bilion potensi perniagaan, satupencapaian pentingke arah masa depan lebih hijau bagi Malaysia dan wilayah sekitarnya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kejayaanIGEMtahun ini juga terbukti menerusipenyertaan luar biasa dengan lebih58,414 pengunjung dari 55 negara dan 485 reruaiyang mempamerkan pelbagaipenyelesaian inovasi.
“Kami berbangga menjadi tuan rumah kepada 50 syarikat antarabangsa dari Austria, Kanada, Finland dan Sweden yang menjadisebahagian daripada delegasi khusus.
“Saya juga merakamkan penghargaan kepada 13 rakanprogramdan rakan media kami serta rangkaian rakan media hijau kerana menjadi sebahagian komponen dalam kejayaanIGEM tahun ini,” katanya ketika berucap di majlis penghargaan minum petang penutup IGEM 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Beliau berkata acara tiga hari bertemakan “Race Towards Net Zero; Regional Leadership for Climate Urgency" itu juga menerima pengiktirafan pentingdaripada“Malaysia Book of Records” sebagai pameran teknologi hijau paling lama berlangsung.
Nik Nazmi berkata pencapaian itu menandakan komitmentidak berbelah bahagi pihaknya dalam mempromosikan amalan mampandan kesungguhan kementerian melaksanakanagenda kerajaan sejak 15 tahun lepas berhubungteknologi hijau dan penyelesaian mampan.
“Tahun ini kita memperkenalkan dua sidang kemuncakbaharu iaitu Persidangan Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA) dan Pameran Mobiliti X yang menampilkan penyelesaian dan teknologi terkini.
“Acara ini memainkan peranan penting dalam meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam peralihan global ke arah tenaga bersih dan inovasi mobiliti mampan,” katanya.
Nik Nazmi juga berkata ketika Malaysia bersedia untuk menyertai Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) di Baku, Azerbaijan, pencapaian diIGEM 2024 ini mengukuhkan lagi komitmen terhadap tindakan iklim.