Kredit: Facebook Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Kredit: Facebook Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Iteenews) — Penyertaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diInternational Food and Drink Event (IFE) 2025, Londonbaru-baru ini berjaya meraih keuntungan sebanyak RM15 juta nilai perdagangan sebenar.
Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faisal Iswandi Ismail berkata kementerian juga meraih kira-kiraRM80 juta potensi nilai perdagangan untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dengan rekod baharu itu, beliau yang mengetuai delegasi KPKM menzahirkan harapan agar IFE London membuka peluang yang lebih luas kepada para usahawan bimbingan FAMA untuk meneroka pasaran antarabangsa.
“Ia selari dengan hasrat kerjasama erat antara Malaysia dan United Kingdom (UK) khusus dalam aspek pemasaran produk Malaysia ke peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Menurut Pejabat Perwakilan PertanianThe Hague, KPKMmembuat penampilan kali kedua dan mendapat kunjungan luar biasa para pengunjung IFE 2025 dengan mengetengahkan produk seperti lada hitam, pelbagai produk Agromas, minuman tenaga, nanas MD2 dan durian Musang King.
Pejabat itu juga memaklumkan lima syarikat dari Malaysia berjaya memperkenalkan produk-produk Malaysia di pameran antarabangsaIFE2025yang berlangsung di Excel London selama tiga hari bermula17 Mac.
<!––>
Setiausaha Pertama, Pejabat Perwakilan Pertanian di The Hague, Muna Tasu memuji usaha KPKM melalui Pejabat ituyang aktif mempromosikan produk-produk Malaysiake pasaran Eropah khususnya UK.
“Usaha signifikan ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa kerana terbukti produk Malaysia berkualiti tinggi serta menarik minat pelbagai masyarakat semasa pameran di UKbagi mencuba keunikan rasa setanding jenama antarabangsa,” katanya.
Program yang berakhir 19 Mac ituturut menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman(MoU) antara Syarikat 3Bumi Trading Sdn Bhd dan Ronuson LTD dari UK.