IATA Beri Kelulusan Kepada MAG Perakui Kursus DGR

4c696bd05bcf792d0c48aca55308e32367b7f5b680c28

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Iteenews) — Pusat Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompetensi (CBTA) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memberi akreditasi dan kelulusan kepadacabang latihanMalaysia Aviation Group(MAG),MAB Academy untuk memperakuikursusPeraturan Barangan Berbahaya (DGR).

Dalam kenyataan hari ini, katanyapensijilan ini memperkukuhreputasinya sebagai penyedia latihan penerbangan yang dipercayai, melengkapkan kalangan profesional dengan ilmudan kemahiran untuk mengendalikan barangberbahaya dengan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.

“Dengan pensijilan ini, MAB Academy akan disenaraikan di bawahPendaftaran Syarikat Bertauliah Pusat IATA CBTA dan dipaparkan dalam Manual DGR IATA yang akan datang, Edisi ke-67 (2026), bersertaedisi akan datang — rujukan utama bagi sektor penerbangan.

"Langkah ini juga memperkukuh MAB Academy sebagai pilihan utama bagi penghantar fret udara dan profesional penerbangan yang inginkan latihan yang diiktiraf IATA," katanya.

Ketua Pegawai Operasi MAB Academy Aida Salfaraz Ahmad Fadzil berkata kelulusan inimeningkatkan kredibilitinya sebagai penyedia latihan yang dipercayai dan membolehkannya melengkapkan profesional industri dengan standard kecekapan tertinggi dalam mengendalikan barangberbahaya.

"Seiring dengan inovasi kami dalam teknologi seperti realiti terimbuh (XR), kami berbangga untuk menetapkan penanda aras baharu dalam latihan penerbangan dan menyumbang kepada kesiapsiagaan masa depan industri," katanya.

Timbalan Presiden Wilayah IATA bagi Asia Utara dan Asia PasifikXie Xingquan berkata,dengan menerima pakai pendekatan latihan berasaskan kecekapan, Malaysia Airlines — antara portfolio perniagaan syarikat penerbangan MAG bersama-sama Firefly dan MASwings — sedang mempertingkatkeselamatan operasidan menambah baik kecekapan, prestasi dan pembelajaran yang berterusan dalam kalangan tenaga kerjanya.

Beliau berkata pencapaian ini menekankan dedikasi mereka terhadap latihan penerbangan yang berkualiti tinggi dan penambahbaikan yang berterusan, meletakkan penanda aras kepada industri dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan pematuhan peraturan.

Menurut MAB Academy,sebagai antara usaha yang berterusan untuk meningkatkan latihan penerbangan, akademi itusedang mengintegrasikan XR dalam kursus DGR CBTA sekali gus menawarkanpengalaman pembelajaran yang interaktif.