Hujan Berterusan Di Sabah Dan Sarawak Hingga Esok

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Iteenews) — Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi ini memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran danSandakan.

Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputiKuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau danKota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusilaman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungihotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut.

— BERNAMA