Hubungan Ekonomi AS-Malaysia Wujudkan 312,000 Pekerjaan Baharu – Kaunselor Ekonomi

204179f8184f35f14366c0508d2f87b1671da74bdf11e

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Iteenews) — Hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lepas, dengan lebih 312,000 peluang pekerjaan diwujudkan,menjadikannya sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.

Kaunselor Ekonomi di Kedutaan AS di Kuala Lumpur Dave Williams berkata syarikat Amerika telah mengumumkan lebih RM200 bilion pelaburan baharu sejak 2021, dengan 72 peratus datang daripada syarikat Fortune 500.

“Untuk tahun ini sahaja, Google, Microsoft, Amazon dan Oracle telah mengumumkan pelaburan bernilai lebih US$16 bilion (US$1=RM4.34) di Malaysia.

“Pelaburan berkualiti ini bukan sahaja meningkatkan ekonomi tempatan tetapi juga mewujudkan ribuan pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya kepadaIteenews.

Beliau berkata pengumuman itu dan kemasukanpelaburan utama baharu di Malaysia menggariskan keyakinan kukuh syarikat AS terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

“Syarikat AS tertarik dengan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi, penguasaan bahasa Inggeris yang meluas, lokasi strategik dan rangkaian pembekal serta rakan kongsi rantaian bekalan yang mantap,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyertaan pemimpin utama Malaysia yang lain dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2023 mengukuhkankepentingan APEC.

Ini susulan selepas pulang dari San Francisco, Perdana Menteri mengumumkan komitmen pelaburan baharu berbilion-bilion daripada syarikat-syarikat AS, menonjolkan faedah ketara penglibatan Malaysia dalam APEC, katanya.