Huawei Sedia Ratusan Tapak Mudah Alih Di Sarawak, Percepat Transformasi Digital – PM Anwar

156f99cbcd48ea5a26073f7fe7c2bce0672cbc8b91a34 Kredit: FB- Anwar Ibrahim 5c5582fefaeea00318902ecc2837df12672cbcb85cb35 Kredit: FB- Anwar Ibrahim 204bca9bdbd253f2ee6c7bfb274532bf672cbccea88c4 Kredit: FB- Anwar Ibrahim 2c7d0b312f5be9b5743a3e90612e3a5e672cbce49593d Kredit: FB- Anwar Ibrahim 30078f9461aa57f0ee47a275b194cf9c672cbd2b3bf99 Kredit: FB- Anwar Ibrahim d8e619a59b1f7eeed45da17a739f8994672cbd4d175f5 Kredit: FB- Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Iteenews) — Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei telah menyediakan beratus-ratus tapak rangkaian mudah alih, perkhidmatan pengkomputeran awan dan pusat operasi pintar di Sarawak yang membantu meningkatkan liputan rangkaian tanpa wayar di kawasan pedalaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu sekali gus membantu mempercepat transformasi digital.

Dalam kunjungan dan pertemuan peringkat tertinggi dengan delegasiHuawei di Beijing hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut dimaklumkan mengenaibeberapa teknologi Huawei yang digunakan bagi merungkai beberapa isu di Malaysia, terutama dalam merapatkan ketidakseimbangan digital.

“Saya kagum melihat perkembangan teknologi dan penyelesaian yang dibangunkan Huawei, meliputi (teknologi) 5.5G, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI) yang telah memangkin transformasi digital dalam sektor kerajaan dan industri,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwarmengunjungi Pusat Taklimat Eksekutif Huawei dan telah disambut oleh pimpinan kanan yang membawa beliau meninjaupelbagai pembangunan teknologi syarikatberkenaan.

Perdana Menteri kemudiannya mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan peringkat tertinggi dengan delegasi Huawei yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Huawei Technologies Co. Ltd, Liang Hua.

Anwar mengakhiri lawatan kerja empat harinya ke China hari ini yang bermula pada 4 November lepas.

Beliau telah diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizdan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

— BERNAMA