Oleh Teh Kuan Hong
KUALA LUMPUR, 6Jan (Iteenews) — Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana virus itudiketahui mempunyai pola pengulangan bermusim.
Ahli virologi molekul di Sekolah Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah Universiti Monash Malaysia Prof Madya Dr B. Vinod berkata hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Dr Vinod berkata walaupun China mencatatkan lonjakan penyakit pernafasan bermusim termasuk hMPV, syncytial respiratory virus(RSV) dan influenza, tiada bukti yang menunjukkan ia boleh menyebabkan ancaman pandemik global seperti COVID-19.
Beliau berkata Malaysia mempunyai kes jangkitan hMPV serta virus pernafasan lain yang telah wujud sebelumnyadan kedatangan pelancong tidak mungkin mewujudkan patogen baharu atau yang tidak dikenali kecuali pemantauan mengenal pastinya.
“Tidak seperti SARS-CoV-2 (yang menyebabkan COVID-19) pada 2020, hMPV tidak menular seluas itutanpa gejaladan keseriusannya secara umum boleh diuruskan dalam populasi yang sihat,” katanya kepada Iteenews dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.
Dr Vinod berkata kumpulan berisiko tinggi yang dikenal pasti dijangkiti hMPV termasuk bayi dan kanak-kanak terutamanya di bawah usia setahun, golongan warga emas yang mungkin mempunyai sistem imun lebih lemah, serta individuimmunocompromisedseperti mereka yang menjalani rawatan kemoterapi atau menghidap penyakit kronik.
“hMPV, COVID-19 (yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2)dan influenza ialah virus pernafasan tetapi berbeza dari segi tahap keseriusan dengan COVID-19 dan influenza (selesema) bermula dari tahap ringan hingga teruk.
“Sebaliknya, hMPV secara umumnya hanya menyebabkan penyakit pernafasan ringan hingga sederhana. Walau bagaimanapun, bagi golongan berisiko tinggi, iaboleh menyebabkan keadaan yang teruk seperti bronkitis atau radang paru-paru. Jangkitan hMPV lebih kerap berlaku pada penghujung musim sejuk dan musim bunga, sama seperti influenza," katanya.