HLIB Tetapkan Harga Sasaran RM1.98 Untuk 99 Speed Mart

0d10e5325735a2e231c1fa819fba3c6666bdd7cec12a2

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Iteenews) –Hong Leong Investment Bank (HLIB) menetapkan harga sasaran (TP) 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd ialah pada RM1.98 berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 30 kali ganda untuk pendapatan tahun kewangan 2025 (FY25).

PE itu mewakili kira-kira 40 peratus premium berbanding rakan setara 99 Speed ​​Mart, yang mencerminkan kepimpinan pasaran dan strategi pengembangan kedai yang agresif.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, HLIB mengunjurkan 99 Speed Mart akan mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun dalam hasil dan keuntungan bersih dari FY23 hingga FY26, didorong oleh penambahan 250 kedai runcit setiap tahun dan pertumbuhan jualan di kedai sama yang stabil sebanyak dua peratus setahun.

HLIB juga menekankan keupayaan syarikat untuk berkembang dengan cekap disebabkan oleh penempatan strategik kedainya, susun atur barangan,pemilihan produkdan saiz kedai yang optimum antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi.

Ia berkata tempoh bayarbalik yang singkat bagi kedai-kedai tersebut iaitu tiga tahundengan perbelanjaan modal yang minimum sebanyak RM300,000 setiap kedai (tidak termasuk inventori).

"Selainitu, 99 Speed Mart memiliki rangkaian pusat pengedaran di seluruh negara sebanyak 19 pusat di sembilan negeriyang menyokong sistem kawalan dan pengurusan runcitnya," katanya.

Beroperasi dalam industri peruncitan berasaskan barangan runcit, terutamanya dalam segmen pasar mini yang kukuh, 99 Speed Mart memegang 40.1 peratus bahagian pasaran berdasarkan jualan pada 2023, menurut Frost & Sullivan.

Syarikat itu juga memilikijumlah cawangan terbesar dalam kalangan pemain-pemain pasar mini Malaysia.

“Bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk pengembangan di kawasan Pantai Timur dan Malaysia Timur, yang pada masa ini mempunyai kadar penembusan yang rendah," kata HLIB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *