Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) di Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Effi Helmy Ariffin Pengarah Pusat Logistik dan Pengangkutan (CeLT) di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Rohafiz Sabar
Oleh Muhammad Faizal Nazmi Mohd Haran
KUALA TERENGGANU, 12 Jan(Iteenews) — Langkah hibrid iaitu menggabungkan pembinaan pemecah ombak (breakwater) dengan tukun dilihat berpotensi mengawal isu hakisan pantai di Terengganu.
Pakar hakisan pantaiProf Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata langkah itu solusi alternatif yang boleh dipertimbangkan kerajaan selain memfokus kepada penyelesaian tunggal pemecah ombak semata-mata.
“Tukun ini sebenarnya boleh juga memberi perlindungan daripada ombak. Tetapidisebabkan ia diletakkan di luar (di kawasan laut lebih dalam) jadi tidak beri kesan sangat.
“Ideanya adalah apabila kita hibridkan breakwater dan tukun ini diletakkan di antara pemecah ombak, itu akan betul-betul mengurangkan hakisan,” katanya kepada Iteenewsbaru-baru ini.
Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata kaedah berkenaan wajar diangkat kerana pemecah ombakjugasebenarnya boleh meningkatkan ekosistem hidupan marin sekitar apabila kajian mendapati berlaku pertambahan habitat perikanan di situ.
Sebelum ini, Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim dilaporkan berkata sebanyak 1,579 tukun tiruan telah dilabuhkan di perairan Terengganupada jarak lima batu nautika dari garisan pantai sejak 2006 hingga Oktober tahun lepas.
Effi Helmy turut berpendapat kos untuk langkah itu jauh lebih munasabah berbanding meletakkan benteng-benteng batu (rock revetment) sebagai satu daripada penyelesaian ad hocatau segera dalam menangani isu hakisan di sepanjang pantai.
Mengulas lanjut, beliau berkatakaedah benteng batusebenarnya lebih mendatangkan kesan negatif apabilabenteng berkenaan akan mengkibatkan hakisan berpindah ke tempat lain, mengambil kira konsep ombak yang sentiasa ‘mencari’ kawasan lebih lembut untuk mengurangkan gelombangnya.