HI Mobility Optimistik Kontrak Bas Percuma Johor Akan Dilanjutkan

e6abc884eb5b3cc3a5ccb2ab733e731567e64ad6ab46a a850c7456f691ed6845fb9fffc9555f867e64b0f1d2fa Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif HI Mobility Lim Chern Chen

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Iteenews) –HI Mobility Bhd (HI Mobility) optimistik bahawakontrak syarikat itu dalam initiatifBas Muafakat Johor (BMJ) yang tamat pada akhir bulan ini akan dilanjutkan.

BMJ merupakan perkhidmatan bas percuma yang dibiayai kerajaan negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif HI MobilityLim Chern Chen berkata syarikat itu sentiasa terlibat secara aktif dengan pihak berkuasa negeri untuk terus menyediakan perkhidmatan bas percuma.

“Kami dalam proses untuk menerima berita mengenai tender. Memang ada hasrat untuk terus menyediakan perkhidmatan tersebut (dengan kerajaan negeri Johor),” katanya pada sidang media selepas syarikat itu membuat penampilan sulung di Papan Utama Bursa Malaysia.

Kaunter dibuka pada RM1.27 dengan premium 5 sen berbandingharga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM1.22, dengan 5.97 juga saham diniagakan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata ia berjaya memperoleh RM115.9 juta menerusi terbitan 95 juta saham baharu.

Mengenai hasil diperoleh, katanya, RM70 juta akan digunakan untuk mengembangkan armadabasnya menerusi pemerolehan bas enjin elektrik dan pembakaran dalaman dan RM15 juta bagi memperluaskan infrastruktur pengecasan kenderaan elektriknya (EV).

Menurut kenyataan itu, stesen pengecasan EV tambahan juga akan dipasang di depohdan laluan terpilih.

“Selain itu, RM5 juta akan diperuntukkan untuk pengukuhan teknologi, menaik taraf pusat kawalan operasinyadengan platform penyepaduan data dan penggunaankecerdasan buatan.