HI Mobility Meterai Perjanjian Taja Jamin Runcit Dengan Maybank IB Untuk IPO

74f96e0060a092d22c24d4353de53da067bc4e655c737

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Iteenews) –HI Mobility Bhd memeteraiperjanjian taja jaminruncit dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi menjayakan urusantawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikandi Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Maybank IB menjadi penasihat utama, ejen penempatan tunggaldan penjamin tunggaluntuk HI Mobility.

Aktiviti utama Hi Mobility iaitupegangan pelaburan manakala anak syarikat milik penuhnya, Handal Indahterlibat secara khususdalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan bas.

Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini, Handal Indah beroperasi dalam sektor pengangkutan awamselainterlibatsecara khususdalam menyediakanperkhidmatan bas rentas sempadan dan tempatan.

Katanya, syarikat tersebutmemulakan operasi pada 2002 yangsewaktuawalnya hanya menawarkan perkhidmatan bas dalam bandardi Johor Bahru, Johor.

"Pada tahun berikutnya, Handal Indah mengembangkan operasi dengan memperkenalkan perkhidmatan bas merentas sempadan Johor Bahru-Singapurayang beroperasi di bawah nama ‘Causeway Link’.

"Tahun berikutnya, perkhidmatan syarikat berkenaanberkembang meliputiLembah Klang dan Melaka. Mengutamakan penyelesaian pengangkutan mampan, kumpulan ini memperkenalkan baselektriksejak 2023 bagimempromosikan perjalanan mesra alam," katanya.

IPO HI Mobility melibatkan terbitan awam sebanyak 95 juta saham baharumewakili 19 peratus daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan.

Sebanyak 10 juta saham terbitan akan ditawarkan untuk permohonan orang awam Malaysiamanakala lima juta saham terbitan lagi akan ditawarkan untukpermohonan daripadapekerja yang layak dalam kumpulan tersebut.