HDC Kaji Insentif Baharu, Galak Pelaburan Asing Sektor Industri Halal

3ce52bfac4c4aefd1a8e2ff281642a6166eac7b59dc4cPengerusi Halal Development Corporation Berhad (HDC) Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Iteenews) –Halal Development Corporation (HDC), bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sedang merangka dan mengkaji untuk memperkenalkan insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dalam sektor industri halal.

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata, insentif yang akan dimuktamadkan melalui Majlis Pembangunan Industri Halal pada tahun ini bukan sahaja untuk menggalakkan pelaburan asing tetapi juga pelaburan domestik ke dalam taman industri halalsedia ada termasuk yang bakal dibuka.

“Kita ingin menyediakan tapak bagi taman-taman industri halal baharu dengan sistem infrastruktur yang kondusif untuk pelabur asing dan tempatan, antaranya melalui penggunaan tenaga boleh baharu(renewable energy).

“Banyak syarikatterutamanya syarikat multinasional, ingin memenuhi keperluan dan tuntutan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),oleh itu, mereka perlu menggerakkan operasi kilang denganmenggunakan tenaga boleh diperbaharui,” katanya dalam taklimat kepada media di sini hari ini.

Menyentuh tentang cabaran dalam kerangka baharu yang sedang dikaji bersamaMITIdan MIDA, beliau berkata antara perkara utama yang sedang dianalisis dan diatasi adalah tahapkesediaan infrastruktur taman-taman industri baharu ini mampu menawarkan nilai tambahkepada pelabur.

Selain itu, Khairul Azwan menekankan bahawa pelabur asing dan syarikat multinasional yang ingin masuk ke Malaysia bukan hanya melihat kepada infrastruktur taman industri, tetapi juga rantaian bekalan bahan mentah,iaitu sejauh mana bahan tersebut tersedia di Malaysia.

“Jika mereka ingin menghasilkan produk tertentu tetapi terpaksa mengimport bahan mentah dari negara asal mereka, seperti China, kosnya akan meningkat kerana (syarikat) perlu mengimport bahan itu ke Malaysia.

“Oleh itu, usaha terbaik ialah menarik pelabur asing, terutamanya dari Chinauntuk membuka kilang bahan mentah di sini,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menekankan kepentingan mencari pengeluar bahan mentah untuk membuka kilang di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *