HDC, HEXIO Jalin Kerjasama Strategik Revolusikan Industri Halal Menerusi AI

db8270367a99024108909c6da6f7b2ba6768f247d0ca7Kredit: HDC

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Iteenews) — Halal Development Corporation Bhd (HDC) menjalinkan perkongsian strategik denganHEXIO untuk merevolusikan industri halal menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) termajudengan mempertingkatkan keupayaan HDC Halal Navigator (HaNa).

HDC, agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata kerjasama itu akan mempertingkatkan keupayaan HaNa dengan memperkenalkan model penjanaan dipertingkatkan semula (RAG) berkuasa AI generasi pertama yang direka khusus bagi menyokong ekosistem halal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,Hairol Ariffein Sahari berkata HaNa bukan sahajaakan meningkatkan kecekapan operasi tetapi berfungsi sebagaiinstrumen penting kepada sektor perniagaan untuk mendapatkan maklumat mengenai pensijilan dan pematuhan halal.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan HEXIO bagi memperkenalkan teknologi AI termajudalam industri halal.

“Kerjasama ini merupakankemajuan utama dalam misi kami untuk menyokong dan membangunkan industri halal di Malaysia.

“HaNa akan mengubah bagaimanaperniagaan berhubung dan beroperasi dalam sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut HDC, HaNa merupakan pembantudikuasakanAI yang inovatif direka khusus untuk memenuhi keperluan spesifik industri halal, membolehkan ia menjana dokumen yangtepat berdasarkan peraturan serta data berkaitanyang disediakan.

Selain itu, ia juga akanmemainkan peranan penting bagi membantu pembeli berpotensi mengenal pasti produk halal menerusi Platform Bersepadu Halal, menyelaras hubungan antara pembeli dan pengeluar produk halal, termasuk pembekal bahan.

“HaNa menggunakan rangka kerja AL generatifterkini yang disepadukan dengan kerangka aplikasi gred perusahaanbagi memberikan jawapan yang tepat, pantas dan boleh dipercayai untuksebarang pertanyaan berkaitan halal.