Harga Rumah Di Kl, PJ Dijangka Naik Antara 3 Hingga 4 Peratus Tahun Ini – Pempengaruh Hartanah

7382403595eca96f4a4e3714eac45db05f4728f07b7ad Gambar hiasan a5325c6f9ab401396aece641300b31c65ea174c103d76

Oleh Karina Imran dan Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Iteenews) — Harga rumah kediaman dua tingkat di Lembah Klang terutamanyadi Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), ia dijangka meningkat antara3.0 hingga 4.0 peratus tahun ini.

Dalam membuat unjuran itu, pempengaruhhartanah popular dan ‘YouTuber’ (Penggiat YouTube)Sean Tan berkata unjuran tersebut adalah benarkhususnya dikawasan permintaan tinggi seperti Desa ParkCity, Bangsar dan Mont Kiara di Kuala Lumpur.

Beliau berkata bagi mereka yang mencarirumah bertanahdi Lembah Klang, hartanah bertanah terus menunjukkan prestasi yang baik terutamanya komuniti berpagar dan mempunyai perkhidmatan pengawal keselamatan kerana pembeli rumah mahu kediaman yang selamat.

"Di kawasan seperti Desa ParkCity, unit kediaman adalah terhad dan kualiti hidup tinggi, kita sudah melihat harganya melambung tinggi," katanya kepada Iteenews selepas muncul dalam program “The Nation: terbitan Iteenews TV dihoskan oleh Gerard Ratnam.

Bagaimanapun, Tan berkata harga mungkin mencecah harga siling bagi rumah bertanahterutamanya di kawasan kejiranan lama seperti SS2 (PJ)dan Kepong (KL) disebabkan kekangan kemampuan dan persaingan daripada pembangunan yang baharu dan lebih selamat.

Beliau juga berkata hartanah perindustrian bakal menjadi mencatatkan prestasi baikpada 2025, terutamanya di Johor dan Lembah Klangdengan lokasi seperti Jelutong di Pulau Pinang dan Lagong di Selangor menjadi lokasi popular.

Secara keseluruhan, Tan berkata pasaran hartanah tahun ini dijangka menyaksikan beberapa siri anjakan yang dibentuk oleh keadaan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pilihan pembeli yang berubah-ubah.

Untuk mendapatkan tawaran terbaik berdasarkan keutamaan, beliau menggesa pembeli untuk melihat data, memahami dinamik permintaan-bekalan unit kediaman dan menyedari perkembangan infrastruktur yang boleh menjejaskan nilai hartanah secara mendadak.