Harga Emas Melonjak: Adakah Harganya Mencecah US$5,000 Menjelang Akhir Tahun?

7dc1ebd010dcc4e3d720c89266a5e17560a336af28e5c

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Mac(Iteenews) — Harga emas melonjak! Logam berharga itu terus mengatasi jangkaan, berulang kali mencatatkan paras tertinggi baharu berikutan pelabur mencari perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi global.

Pada 30 Okt2024, harga emas melonjak kepada paras tertinggi sebanyak US$2,787.61 setiap auns troy sebelum ditutup pada US$2,693.23 setiap auns troy pada Januari2025(US$1=RM4.42).

Kini, harga emas telah melepasiUS$3,000 setiap auns troy mencecah US$3,036.74setiap auns troy setakat 20 Mac2025, menurut goldprice.org data. Persoalan yang timbul ialah: Sejauh mana harga emas akan naik?

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid merujuk kepada satu faktor utama — situasi tidak menentu.

“Apabila kebimbangan melanda ekonomi global,emasmendapat permintaan tinggi. Nilainya bukan sahaja meningkat tetapi juga menjadi lindung nilai terhadap inflasi, penyusutan mata wangdan ketidakstabilan geopolitik,”katanya kepadaIteenews, sambil menambah angka telahmembuktikannya.

Beliau berkata bank-bank pusat di seluruh dunia giat menyimpan emas, meningkatkan bahagian mereka daripada jumlah permintaan daripada hanya 1.8 peratus pada 2010 kepada 21.0 peratus pada 2024.

“Peningkatan pesat ini — berkembang pada kadar tahunan 20.2 peratus– mendorong harga emas lebih tinggi.

“Berdasarkan keadaan sedemikian, harga emas dijangka kekal kukuh pada masa depan. Bagaimanapun, dalam mana-mana kelas aset, ia akan tertakluk kepada turun naik harga berikutan perubahan sentimen pasaran dan kesediaan untuk mengambil risiko,” katanya.