Hakim Danish Raih Podium Di GP Sepanyol

Muhammad Hakim Danish Ramli

KUALA LUMPUR, 27 April (Iteenews) — Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memukau apabilamenamatkan perlumbaan satu Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Rookies Cup di kedudukan podium semalam.

Pada perlumbaan berlangsung di Litar Jerez, pelumba berusia 17 tahun itumenduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.037 saat (s) selepas dipintaspelumba tuan rumah, Brian Uriarte di selekoh terakhir yang mencatatmasa 25 minit 37.402suntuk meraih tempat pertama.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama dengan catatan 25:40.629s.

"Saya tidak terlalu gembira dengan keputusan ini (P2) kerana kehilangan satu kedudukan.

"Bagaimanapun, ia perlumbaan yang sangat bagus sebagai permulaan untuk musim ini. Sayamelakukan kesilapan yang sangat kecil pada pusingan terakhirdan ini memberi peluang kepada Uriarte," katanya menerusi kenyataan di laman sesawang rasmi perlumbaan.

Untuk rekod, pelumba kelahiran Terengganu itupernah meraih kedudukan podium sama pada perlumbaan kedua edisi 2024 di litar berkenaan.

<!––>

Kejayaan podium tersebut menyaksikan Hakim Danish mengutip 20 mata di belakang Uriarteyang mengungguli carta kedudukandengan 25 mata.

Perlumbaan kedua saingan itu akan berlangsung 2.45 petang ini waktu Malaysia.

— BERNAMA