Hab Agro Makanan Berpotensi Sumbang RM500 Juta Kepada KDNK Perak – NCIA

55d61c53e20d838b672278389cb36eff6553338371be6Mohamad Haris Kader Sultan

IPOH, 3 Sept (Iteenews) — Hab Agro Makanan, cabang baharu sektor sektor ekonomi Perak berpotensi menyumbang sebanyak RM500 juta kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri berkenaan.

Ketua EksekutifPihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Mohamad Haris Kader Sultan berkata NCIA sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan Hab Agro Makanan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Projek iniakan dipacu oleh kerjasama pelaburanawam swasta…iaberpotensi menyumbang sebanyak RM500 juta kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Perak dan meningkatkan pendapatan petani tempatan sehingga 25 peratus hasil adaptasi teknologi pertanian moden.

“Perak bakal menjadi hab agro makanan yang kondusif, inovatif, berdaya maju serta mampan pada masa sama menyokong agenda keterjaminan makanan negara selain membantu mewujudkan peluang pekerjaan baharu seiringdengan Pelan Pembangunan Strategik NCER,” katanya dalam satu kenyataan.

NCIAmemperuntukkan sejumlah RM61.2 juta bagi melaksanakan empat projek utama bertujuan memacu sektor pelancongan Perak.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dalam kenyataan sama berkata dua daripada projek tersebut iaitu pembangunan semula pusat pelancongan Taman Eko-Rimba Lata Kinjang dan projek infrastruktur Pelancongan Warisan Ipoh telah berjaya disiapkan sepenuhnya sekali gus merancakkan industri pelanconganserta mewujudkan pelbagai peluang ekonomi baharu kepada masyarakat setempat

“Dua lagi projek pembangunan strategik dalam fasa pelaksanaan adalah Pembangunan Trail Pelancongan di Pengkalan Hulu dan Pembangunan Pelancongan Arkeologi Lembah Lenggong yang merupakan salah sebuah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kedua-dua projek baharu ini akan memangkin daya tarikan dan melengkapi pakej pelancongan di Perak di peta dunia bagi menarik pelancong tempatandan luar negara seiringdengan salah satu programrintis perdana (flagship) iaitu Ekonomi Pengalaman di bawah Perak Sejahtera 2030,” katanya.

Terdahulu, Saaranimenyempurnakan Majlis Apresiasi Pembangunan Ekosistem Pelancongan Negeri Perak anjuran NCIA bagi menghargai peserta Program Dana Usahawan NCER (DU@NCER) dan Tranformasi Usahawan Mampan NCER (NEST) yang turut dihadiri Mohamad Haris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *