GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Meningkat Kepada RM3,000 – PM Anwar

8ae32522c92cdb0fa6b309b39d7e4e9e670b68acd4112Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 13 Okt(Iteenews) — Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranyaambang gajiminimum meningkat kepadaRM3,000-RM4,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ini, gaji bulanan minimum diMalaysia adalahpada RM1,500.

Beliau yang mengakui bahawa sistem cukai itucekap dan telus berkata GST juga akan membantu mengembangkan danakerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.

Namun begitu,beliau percayagolongan miskin tidak seharusnyadibebani dengan sistem cukai sedemikian.

“Saya bersetuju, GST adalah sistem cukai yang paling telus dan cekap… tetapi pandangan saya adalah, beri sedikit masa, beberapa tahun, (kita mesti) pastikan ambang gajimeningkat kepada minimum RM3,000-RM4,000, kemudian barulah kita boleh selaraskan dasar,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian padaMesyuarat Agung Tahunan ke-78 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelaksanaan GST telah menjadi isu berterusan selama beberapa dekad, malahan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Beliautidak bersetuju pada masa itu kerana merasakan gejala rasuah yang membabitkan berbilion ringgit, antara lainnya, perluditangani terlebih dahulu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong, yang turut hadir pada majlis itu juga sependapatdengan Perdana Menteri bahawa GST adalah cukai yang cekap dan telus, namun ia membebankan semua orang, golongan miskin mahupunkaya.

"Beliau (Perdana Menteri) menjelaskan bahawaGST hanya akan dilaksanakan selepas beberapa tahun apabila paras pendapatan (gaji) meningkat ke tahap yang boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, hanya sekitar 15 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan mencukupi untuk sampaike ambang yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan, kata Liew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *