\’Green Halal\’, Pencetus Perubahan Untuk Pertumbuhan Perniagaan – Alliance Islamic Bank

7a6b49c10252bfc3b1b3783c060d250a63635758d5f8aKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Alliance Islamic Bank Berhad (AIS), Rizal Il-Ehzan Fadil Azim

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR,12 Feb (Iteenews) — Konsep ‘green halal’ (halal hijau) walaupun tidak diketahuiramai, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan dengan menggabungkan amalan halal dan mampan, kata Alliance Islamic Bank Bhd (AIS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata penyepaduan itu menawarkan peluang perniagaan diperluas yang mengimbangi keuntungan dengan tujuan.

Beliau turut menekankan bahawa halal hijau membantu perniagaan menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pasaran yang semakin mengutamakan kelestarian dan nilai murni.

"Dengan menyelaraskan amalan halal dan kemampanan, halal hijau membolehkan perniagaan membina daya tahan, kekal berdaya saing dan memenuhi peningkatan permintaan untuk produk dan perkhidmatan berorientasikan halal serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," katanya kepada Iteenews.

Rizal IL-Ehzan berkata banyak perniagaan beroperasi dalam parameter halal tetapi tidak menyedari mengenaikemampanan atau kesan ESG perniagaan mereka.

“Terdapat perniagaan berorientasikan ESG yang boleh meningkatkan daya tarikan mereka menerusipasaran halal.

“Kami mahu mempromosikan ekonomi halal, pada masa samamemastikan perniagaan beroperasi dengan cara yang menghasilkan impak positif kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat,” katanya.