Kredit: Grab Malaysia
Kredit: Grab Malaysia
Kredit: Grab Malaysia
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Iteenews) –Perkhidmatan atas permintaan,Grabtermasuk perkhidmatan e-panggilandan penghantarannyamenyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2023, menurut laporan baharu oleh firma perunding ekonomi tempatan, EconWorks.
Firma perunding itu berkata angka tersebut bersamaankira-kira 0.5 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada2023.
Ia berkata,sebanyak 88 peratus daripada sumbangan nilai tambah ini datang daripada pemandu Grabdan rakan niagayang beroperasi dalampelbagai perkhidmatan di bawah jenama berkenaan.
Pada 2023, katanya, rakan pemandumenyumbang sebanyak RM4.6 bilion dalam nilai tambahyang mewakili0.25 peratus daripada KDNK Malaysia.
Syarikat itu berkata, ekosistem Grab menyokong sehingga 277,237 peluang pendapatan, menyediakan aliran pendapatan untuk rakan pemandu, rakan niagadan pekerja-pekerja dalam rantaian bekalan menyeluruh mereka.
"Ini bermakna satudaripada 64 individu dalam tenaga kerja Malaysia mendapat manfaatsecara langsung atau tidak langsungdaripada aktiviti berkaitan Grab.
"Peluang pendapatan yang disediakan Grab menyumbang tambahan RM3.7 bilion kepada pendapatan isi rumah. Peningkatan pendapatan oleh rakan pemandu dan rakan niaga ini bermakna lebih banyak wang dalam poket rakyat Malaysia," kata firma perundingitu satu dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu,Pengarah UrusanEconWorksDr. Wan Khatina Nawawi berkata sepanjang 12 tahun beroperasi di Malaysia, Grab memberi sumbangan yang ketara serta manfaat ekonomi kepada pelbagai komuniti di seluruh Malaysia.
"Bagi setiap RM1 yang dijana melalui transaksi Grab, sebanyak RM1.50 aktiviti ekonomi tambahan dicipta merentasi ekonomi yang lebih luas.