KUALA LUMPUR, 26 Mac(Iteenews) –Grab Malaysia memeteraimemorandum persefahaman (MoU) bersamaPerbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagimenyokong usaha pendigitalan perusahaan mikro, kecildan sederhana (PMKS) di bawah Inisiatif Pendigitalan Perniagaan MDEC.
Grab dalam satu kenyataan berkata pihaknyakomitedmemanfaatkan teknologi bagi memacu pemerkasaan ekonomi dan pertumbuhan terangkumbagiperniagaan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia Tenggara.
Pada 2023 sahaja, lebih 500,000 PMKS yang baru berdaftardi seluruh Asia Tenggara mendapatakses kepada pengguna melalui platform Grab.
"Di Malaysia, berdasarkan kajian terkini oleh EconWorks, rakan perniagaan di platform ini menyumbang sebanyak RM4.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara pada 2023," katanya.
Grab berkataaplikasi GrabMerchantyang menyediakan cerapanberasaskan data untuk perniagaanmenjadi antara instrumenyang tersedia untuk menyokong pertumbuhan PMKS.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Adelene Foo berkata kerjasama dengan MDEC akan membantu memperluas sokongan untuk lebih banyak PMKSdi Malaysia selainmeningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi digital.
"MoU ini menandakan satu langkah lagi dalam usaha berterusan Grab untuk menyokong perniagaan tempatandan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan MDEC dan rakan-rakan yang sehaluan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
"Selain itu kerjasama ini dapatmemastikan lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan ekonomi digital," katanya.
— BERNAMA