GLIC Tegaskan Komitmen Sokong Kerangka Ekonomi Madani, Pacu Pertumbuhan

a27eaf6238957d504b64c9e381ae4a8e66bdd62c85897

JOHOR BAHRU, 30 Sept(Iteenews) — Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.

Penegasan itu dizahirkan pada PersidanganInvest Malaysia Iskandar 2024 bertemakan ‘Where Policy Meets Progress’di Iskandar Puteri dekat sini, baru-baru ini.

Pada satu sesi panel, barisan pemimpin GLIC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP,Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), mengetengahkan bidang tumpuan khusus masing-masing dalam inisiatif GEAR-uP diterajui Kementerian Kewangan yang menyasarkan pengumpulanRM120 bilion dalam tempoh lima tahun berikutnya bagi memangkin pertumbuhan ekonomi.

Ketua Pegawai EksekutifKWAP Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed berkata KWAP sedang melaksanakan Peruntukan Aset Strategik baharu untuk mengoptimumkan lagi profil risiko pulangan portfolionya bagitujuan mempelbagaikan lagi pelaburan dalam pasaran swasta.

“Ini seiring mandat kami untuk beroperasi dalam ruang minat risiko kami sambil memaksimumkan pulangan dan menyokongagenda nasional untuk membangunkan pasaran swasta domestik yangmaju danselaras dengan kerangka kerja Ekonomi MADANI," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata KWAP telah mengenal pasti antara lainnya tigabidang tumpuan strategik iaitupertanian dan keterjaminan makanan,industri semikonduktordan ekosistem modal teroka.

“Bagi bidang pertanian, matlamat kami adalah untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara dengan menyokong perniagaan tani yang inovatif. Dalam sektor semikonduktor, pelaburan kami bertujuan meningkatkan kedudukan global Malaysia, melonjak daripada pembuatan asas kepada proses bernilai tinggi seperti reka bentuk cip dan pembungkusan yang rumit," katanya.

Menerusi inisiatif modal teroka KWAP, beliau berkata ini dapat memupuk ekosistem yang rancak dan menggalakkan lagi aspek keusahawanan, inovasi dan mengambilrisiko.

“Pelaburan strategik ini dirangka untuk penjanaan nilai jangka panjang penting sambil menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia. Menerusi tumpuan terhadap sektor penting ini, KWAP berada dalam kedudukan untuk memacu inovasi,mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menyokong pertumbuhan ekonomi mampan untuk manfaat pihak berkepentingan utama selaras dengan slogan kami 'Teman Persaraan Anda'.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *