Generali Malaysia Buka Cawangan Di Pulau Pinang

178f65845b5785221f96bb185a0f2fa9645b7d52d672aFabrice Benard

GEORGE TOWN, 9 Sept (Iteenews) –Generali Insurance Malaysia Bhd membuka cawangannya yang terbesardi Pulau Pinang hari ini yangmelengkapkan rangkaian pengembangan strategik syarikat itudi Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Fabrice Benard berkata cawangan terbaru dalam rangkaian Generali itumelambangkan visi syarikat untuk terus berinovasi dan meningkatkan perkhidmatannya.

"Sebagai lokasi yang strategik, Pulau Pinang membolehkan kami memberiperkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang semakin berkembang dan pelbagai di rantau ini.

"Pejabat kendiri ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan dan persekitaran yang memberi inspirasi kepada pekerja," katanya di majlis pembukaan cawangan itu di sini hari ini.

Cawangan Pulau Pinang itudilengkapi dengan panel solar yang bertujuan mengukuhkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab alam sekitar, kata Benard.

Pembukaan cawangan syarikat itu sebelum ini adalah di Sibu, Sarawakpada 3 Ogos, 2024.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *