Geely Selesai Bentang Pelan Induk Pelaburan Pembangunan AHTV – Saarani

e4b351d30184e0b976d97fc05f83c6bc5e1dbeb767171Gambar fail

KUALA KANGSAR, 12 Ogos (Iteenews) — Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang bercadangmelabur bagi membangunkan Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim telah membentangkan pelan induk pelaburan merekakepada kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu mesyuarat akan diadakan pada September ini untuk kerajaan negeri meluluskan pelan induk tersebut.

Beliau berkataGeely merupakan antara syarikat yang kekal komited dengan perancangan pelaburan mereka di Perak termasuk beberapa pelabur asing lain.

"Untuk Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LUMIC) kita menerima RM9.5 juta peruntukan geran daripada Kesatuan Eropah (EU) dan RM72 bilion untuk pelaburan membangunkan LUMIC,” katanyapada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri Ke-6, di sini, hari ini

Begitu juga pelabur dari China sepertiJinjing Silicon Technology Sdn Bhd, syarikat usaha sama Jinjing Group Ltd dengan Winro Sdn. Bhd yang komited melabur sebanyak RM100 juta diSilver Valley Technology Park (SVTP) danZhejiang Sinopont Technology Co. Ltd (Sinopont) diTaman PerindustrianTasek, kata Saarani.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status komitmen pelaburan asing di negeri tersebut sambil menambah setakat ini tiada isu mana-mana pelabur yang mahu menarik diri daripada melabur di Perak.

Sebelum iniGeely dilaporkan menyatakan komitmennya untuk melabur sebanyak RM30 bilion untuk terus membangunkan Tanjung Malim sebagai hab automobil terbesar di rantau ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *