GDA Peroleh 84.1 Peratus Saham MAHB Setakat 8 Jan 2025

8a128abc3664a6c5ac46fbf6ccce8550677f2b7b5065e 1becbc1d89f7fb830df47c0f3cc6a3d3677f2b7331cc6 605fb090db69398da4dec9264198ed35677f2b675141f d8415ac68fd585fcaf96688eb75c741e677f2b5f37137 47567d147a88dd4618126602d55b3218677f2b56efbf7

KUALA LUMPUR, 8 Jan(Iteenews) –Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, Konsortium) telah menerima penerimaantawaransah sebanyak 1.40 bilionsaham mewakili 84.1peratus daripada jumlah saham terbitan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat itu dibuat melalui GDA dan pemberi tawaranbersama ialah Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd (PPSB), Kwasa Aktif Sdn Bhd (KASB) dan GIP Aurea Pte Ltd (GIP Aurea), kata Konsortium itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengikutpecahan, jumlah Saham MAHB yang dipegang oleh pemberi tawaran bersama dan pemberi tawaran muktamad bersama berjumlah 1.39 bilion manakala saham MAHB dipindahkan kepada pemberi tawaran bersamatetapi menunggu penerimaan dokumen penerimaan (yang tertakluk kepada pengesahan) berjumlah 18.18 juta.

GDA menerusi satu kenyataanbersama hari ini berkatatahap penerimaan yang menggalakkan menjelang tarikh tutup pertama, walaupun dalam tempoh cuti selang, menyaksikanKonsortium semakinmemenuhi syarat penerimaan 90 peratus danambang yang diperlukan untuk menyahsenarai MAHB, mengikut tawaran itu.

“Jumlah penerimaan menggalakkan yang diterima setakat kini sebanyak 84.1 peratus menyaksikan Konsortium semakin menghampiri ambang penerimaan 90 peratus yang diperlukan untuk memuktamadkan penstrukturan semula​​MAHB,” kata GDA.

Konsortium itu juga berkata bagi pemegang saham yang masih belum menyerahkan penerimaan mereka, tempoh tawaran dilanjutkan kepada17 Jan 2025 bermula hari ini dengan harga tawaran dikekalkan pada RM11 sesaham.

“GDA mengekalkan harga tawarannya pada RM11.00 sesaham, menganggapnya sangat menarik kerana ia menilai MAHB di atasharga saham sejarahnya dan gandaan dagangannya, dan merupakan premium 49.5 peratus berbanding harga saham penutup MAHB bagi Tahun Kewangan 2023 dan lebih tinggi daripada mana-mana harga yang pernah didagangkan oleh MAHB,” katanya.

Tawaran RM11.00 itu adalah lebih tinggi daripada mana-mana harga yang pernah didagangkanoleh MAHB dan mewakili 49.5 peratus premium setakat ini dan menunjukkannisbah harga kepada pendapatan sebanyak 37.7x.

Tawaran penstrukturan semulaitu, yang pertama kali diumumkan pada Mei 2024 dan dilancarkan secara rasmi pada 15 Nov 2024, adalah langkah strategik untuk memastikan MAHB mencapai pertumbuhan yang mampan dan berkekalan.