KUALA LUMPUR, 14 Feb(Iteenews) — Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) bercadang untuk memperoleh semua saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) daripada pemegang saham yang tidak bersetuju,pada harga RM11 sesaham.
AmInvestment Bank Bhdyang mewakili pihak pembuat tawaranbersama (iaituGDA) memberitahu Bursa Malaysia hari ini bahawa tindakan itu adalah mengikut peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA).
“Tertakluk kepada peruntukan CMSA, GDA hendaklah didaftarkan sebagai pemegang semua baki saham MAHB yang tidak dipegang oleh pembuat tawaran bersama selepas berakhirnya satu bulan daripada tarikh notis pemerolehan wajib.
“Ataujika berkenaan,14 hari selepas penyata nama dan alamat semua pemegang saham lain yang tidak bersetuju, seperti yang ditunjukkan dalam daftar ahli dan/atau rekod pendeposit MAHB, dihantar kepada pemegang sahamyang tidak bersetuju atas permintaan beliau,yang mana terkemudian," jelasnya.
AmInvestment Bank menjelaskanmengikut subseksyen 223(4) CMSA, hak pemegang sahamyang tidak bersetuju di bawah subseksyen 223(1) CMSA untuk meminta pembuat tawaran bersama memperoleh saham tawaran mereka tidak akan terpakai lagi.
GDA ialah sebuah konsortium yang terdiri daripada Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP).
Pada 12 Feb,2025, AmInvestment Bank menjelaskan GDA dan pemegang sahamnya (secara kolektif sebagaikonsortium) menerima penerimaan sah berjumlah 1.646 bilion saham MAHB, mewakili 98.68 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB setakat pukul5 petang.
Konsortium itu juga menggunakan peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 untuk memperolehmana-mana baki saham tawaran secara wajib daripada pemegang saham yang tidak bersetuju, dan langkah yang diperlukan juga akan diambil untuk nyahsenarai penerima tawaran daripada Senarai Rasmi, kata bank itu.
Oleh kerana konsortium itu tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian, setelah memegang lebih 90 peratus saham MAHB secara kolektif mengikuttawaran itu, Bursa Malaysia Securities akan menggantung dagangan saham MAHB bermula 20 Februari, lima hari pasaran mulai12 Februari, tambahnya.