OlehAhmad Erwan Othman
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Iteenews) — Gajah merupakan haiwan yang menakjubkan kerana mempunyai keupayaan spatial(ruangan) termasuk boleh mengingati sesuatu kawasan, walaupun telah melaluinya untuk tempoh lama.
Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Jamhuri Jamaluddin berkata dengan keupayaan berkenaan, gajah boleh mengingati jalan yang dilaluinya meskipun haiwan itu dipindahkan ke suatu kawasan lain yang lebih jauh.
Sehubungan dengan itu, beliau yang kini melakukan penyelidikan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertajuk "Pemantauan Pergerakaan dan AnalisisGajah",tidak menolak kemungkinan ibu gajahyang anaknya matidilanggar lori di Gerik, Perak pada Ahad lepas boleh kembali ke lokasi kejadian.
"Gajah mempunyai spatial memory termasuk boleh mengingati kawasan dan faham konsep kematian. Ia boleh kuncikawasan itudan boleh kembali untuk melawat. Itulah kelebihan naluri gajah dan sains pun belum dapat buktikan bagaimana ia boleh mengingati," katanya kepada Iteenews hari ini.
Selain itu, Jamhuri berkata gajah ialah haiwan mamalia yang mempamerkan tingkah laku sosial mengagumkan dengan membina hubungan emosional yang kuat bersama ahli kumpulan.
"Kecerdasan emosi gajah bukan mitos kerana haiwan ini faham konsep kematian dan tahu keberadaan ahli keluarga yangmati, dan kadangkala haiwan itukembali ke tempat sama walaupun yang tinggal cuma rangka," katanya.
Beliau berkatahubungan dalam kalangan gajah bukan sekadar biologi, tetapi bersifat sosial dan emosi sehinggakan ibu gajah akan menjaga anakselama bertahun-tahun.
Pada Ahad, tular di media sosial seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) Gerik–Jeli.