Forum MIDA-MIER Teroka Masa Depan Ekonomi Malaysia

a94aa5fda8d8dccd351997a7f4ce20c2674fa669e3d26Malaysia Investment Development Authority (MIDA) chief executive officer, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid (centre) poses for a group photo after the panel discussion titled \’Macroeconomic Overview and Implications\’ at the MIDA-MIER Budget Insights Forum: Moving Towards at MIDA Sentral here today.

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Iteenews) — Kerjasama menjadi penganjur Forum “Budget Insights: Moving Towards 2025” dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menekankan usaha negara untuk mencapai pertumbuhan yang inklusif dan mampan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Acara itu, yang diadakan di MIDA Sentral, menyaksikan kalangan ketua pegawai eksekutif, pelabur dan penggubal dasar membincangkan prospek ekonomi Malaysia sebelum negara ini mempengerusikan ASEAN pada 2025.

Pengarah Eksekutif MIER Dr Anthony Dass berkata penganjuran acara tersebut danacara itu sendiri telah memupuk budaya kerjasama dan dialog terbuka antara sektor awam dan swasta.

“Pandangan bernilai dan cadangan praktikal yang diberikan menerusi forum ini akan membantu membentuk strategi ekonomi Malaysia, mengorak laluan ke arah kemakmuran 2025 dan seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata forum itu merupakan satu pencapaian penting pihaknya.

“Usaha menganjurkan Forum ‘Budget Insights MIDA-MIER’yang julung kali diadakan ini adalah satu langkah yang menarik bagi kami. Forum ini menyatukan kalangan pemikir yang berpengaruh untuk meneroka trend makroekonomi dan industri yang penting dalam membentuk masa depan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata ketika MIDA dan MIER menumpukan pandangan ke arah 2025, visi yang dikongsi itu menekankan keperluan untuk berpandangan strategik dalam dunia yang sentiasa berubah, sejajar dengan dengan misi MIDA untuk menggalakkan ekosistem perniagaan yang berdaya tahan dan inovatif.

“Idea dan perbincangan yang dicetuskan di sini akan membantu perniagaan dan penggubal dasar menangani cabaran secara berterusan dan pada masa sama membuka peluang baharu untuk kejayaan jangka masa panjang,” katanya.

Panel pemudah cara dan penceramah memberikan pandangan luas mengenai landskap ekonomi Malaysia.