FMM, ACCIM Gesa Kerajaan Jalin Kerjasama Berkaitan Tarif Dengan AS

334ecd23543bcf61f61e9a3a720c8ccc67a09cb37cb2bTan Sri Soh Thian Lai

KUALA LUMPUR, 3 April (Iteenews) –Persekutuan Pekilang-pekilangMalaysia (FMM) menggesa kerajaan menjalinkankerjasama berkaitan tarifdengan Amerika Syarikat (AS) supaya ada pertimbangan semula tarif 24 peratus yang baru dikenakan ke atas eksport Malaysia.

Presiden Tan Sri Soh Thian Lai berkata duti import yang lebih tinggi, berkuat kuasa mulai 9 April, 2025, akan memberi kesan besarkepada industri utama Malaysia.

Beliau berkata perkara itutermasuk sarung tangan, plastik, barangan elektrik dan elektronik serta jentera perindustrian, yang berpotensi menyebabkan pengurangan jumlah eksport, kehilangan pekerjaan dan gangguan ke atas rantaian bekalan.

Sektor terjejas kini akan menghadapi tarif penuh 24 peratus, yang boleh membawa kepada pengurangan ketara jumlah eksport, tekanan pekerjaan dalam industri terjejas dan lencongan atau penstrukturan semula rantaian bekalan yang melibatkan pekilang Malaysia serta operasi multinasional berkaitan AS yang berpangkalan di Malaysia, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ekosistem yang lebih luas termasuk pembekal, pembekal logistik dan sektor perkhidmatan hiliran juga boleh terjejas teruk berikutan perubahan keputusan penyumberan dan pembuatan akibat daripada tarif.

Elak daripada memperkenalkan cukai tambahan

Disebabkan cukai yang dilaksanakan oleh Presiden AS Donald Trump, FMM berharap kerajaan akan mengelak daripada memperkenalkan sebarang beban cukai tambahan tahun ini.

FMM menggesa penangguhan cukai baharu atau beban kawal selia yang boleh membebankan lagi industri dan memberi kesan negatif kepada pekerjaan, pelaburan semula dan produktiviti negara.