Ketua Pegawai Eksekutif Fiuu, Eng Sheng Guan
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Dis(Iteenews) –Lonjakan penggunaan pembayaran digital semasa pandemik telah mempercepatpermintaan terhadap penyelesaian yang selamat dan berkembang, dan Fiuu, penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, berada dikedudukan baik untuk memenuhi keperluan ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Eng Sheng Guan berkata Fiuu mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan kuantiti transaksimeningkat daripada RM7 bilion pada 2018 kepada RM29.7 bilion pada 2023, disokong oleh visi jelas dan pelaksanaan yang berkesan.
Beliau berkata rangkaian meluas Fiuu yang mempunyai lebih sejuta titik penerimaan fizikal menyediakan liputan yang tiada tandingan di seluruh Asia Tenggara.
“Perkongsian strategik dengan syarikat terkemukadan skim pembayaran global mencipta peluang pertumbuhan baharu.
“Kebolehsuaian kami, pendekatan menumpu kepada pelanggan dan tumpuan berterusan terhadap inovasi adalah kunci yangmemacu kejayaanberterusan ini,” katanya kepada Iteenews dalam satu temu bual baru-baru ini.
Engberkata pengembangan pesatdi seluruh Asia Tenggara, rantau yang terkenal dengan kepelbagaiannya, memerlukan ketepatandan kecekapan, dan "kami mencapainya dengan memanfaatkan teknologi automasi termaju, memperkemas operasi dan membina infrastruktur yang mampu mengendalikan berbilion-bilion transaksi."
Memandangkan ekonomi digital Asia Tenggara diunjurmencecah US$295 bilion (US$1=RM4.48) menjelang 2025, Fiuu berada dikedudukan strategik untuk memacu dan memanfaatkan pertumbuhan transformatif ini.
Beliauberkata penyelesaian pembayaran syarikat itu yang komprehensif, merangkumi kaedah dalam talian dan luar talian, dapat memperkasakan perniagaan untuk menyesuaikan dengan tuntutan pendigitalan.