Firma Taiwan Linco Technology Beli Tanah Di Senai Airport City

c643da86fb29dbb8990c4d0124d0ad686777452c86a7b

KUALA LUMPUR, 2 Jan(Iteenews) — Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) danLincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhLinco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untukLincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian diZon Perindustrian Bebas Senai Airport City.

Dalam satu kenyataan hari ini,Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport CityGan Seng Keong berkatataman perindustrian ituberfungsi sebagai lokasi utama bagi industri yang terlibat dalam pembuatan berteknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi teknologi.

SACSB, ahli Kumpulan MMC, ialah pemaju induk pembangunan industri bersepadu seluas 1,100 hektar yang dikenali sebagai Senai Airport City, terletak di Iskandar Malaysia, Johor.

Gan berkatapilihan Linco Technology untuk melabur di Senai Airport City menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan Johor dalam industri KecerdasanBuatan (AI).

"Pelaburan Linco Technology dalam sistem semikonduktor dalam pakej (SiP) menggariskan kedudukan Senai Airport City sebagai pilihan pelabur untuk segmen semikonduktor, khususnya dengan aplikasi teknologi hijau.

"Kerjasama antara pelabur teknologi Malaysia dan Taiwan ini akan melonjakkan lagi rantaian bekalan teknologi tempatan,” kata Gan.

Lincotec adalah pakar dalam membangunkan dan mengeluarkan peralatan “sputtering” dan etsa plasma berketepatan tinggi dan merupakan pembekal peralatan sputtering No.1 dunia untuk “Electromagnetic Interference Shielding” (EMI) sistem semikonduktor dalam pakej (SiP).

Pengerusi Linco TechnologyLeon Chen berkata pelaburan dalamkemudahan baharu itumenandakan satu langkah penting untuk mengembangkan operasi syarikatdalam membangunkan segmen teknologi hijau.

“Senai Airport City memberikan kami lokasi dan infrastruktur yang ideal untuk meningkatkan operasi kami di rantau Asia Pasifik.