FGV Rancang Eksport CPKO Ke Eropah Menerusi Pelanggan Produk Akhir

b021735b39be4b213b6bc689283935a1672ddada85e34Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan Nurul Hasanah Ahamed Hassain Malim

Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin

SUNGKAI, 8 Nov (Iteenews) — FGV Holdings Bhd akan memanfaatkan asas pelanggan sedia adanya dalam usaha mengeksport produk minyak isirung sawit mentah (CPKO) ke Eropah pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Kelestarian KumpulanNurul Hasanah Ahamed Hassain Malim berkata langkah itu merupakan percubaanpertama pihaknya untuk memasarkan produk CPKO secara tidak langsung ke Eropah.

Beliau berkata FGVtelah bekerjasama rapat dengan pelanggan tersebutuntuk memastikan semua dokumentasi yang diperlukan menepatipiawaian yang ditetapkan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR), sebagai sebahagian daripada usaha FGV untuk menembusi pasaran Eropah.

Pembeli itubercadang untuk mengeksport produk akhir, yang mengandungi CPKO yang dibeli daripada FGV, ke Eropah pada November atau Disember, katanya.

“CPKO yang dibeli oleh pembeli kami akan diproses menjadi produk lain danmereka akan eksport ke Eropah. Oleh itu, ia tidak dieksport secara langsung oleh FGV,” katanya kepada pemberita di luar program kunjungan suai kenal media, “A Journey Through Sustainability with FGV”di sini, baru-baru ini.

Nurul Hasanah berkata walaupun Kesatuan Eropah (EU) belum lagi mengenakan EUDR namun, FGV telah mendapatkan badan bebasuntuk melakukan pengesahan berdasarkan syarat piawaian EUDR.

“Jadi, dari segi dokumentasi, FGV dan pembeli itu akan bekerjasama untuk memastikan semua dokumentasi selaras dengan larangan EUDR.

“Ini juga melibatkan majlis undang-undang untuk memastikan kami membaca undang-undang dengan betul dan memahami perkarayang diperlukan,” katanya.